<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=32934260&amp;blogName=walk+on+wings%2C+tread+in+air&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLACK&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fcomatosewithbraindamage.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en_US&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fcomatosewithbraindamage.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>
December 02, 2009

Hukum



Sape tau, apa hukum dia kalau suami kita cakap 'Awak macam mak awak la'.

Baru-baru ni aku ada dengar orang bersembang pasal apa ntah tetiba orang ni cakap 'Kalau orang lain cakap ko sama macam mak ko takpe, tapi kalau suami ko tak boleh cakap camtu. Dah jatuh hukum haram'.

Aku tak sure apekah yang haramnya kalau cakap macam tu.
I mean kalau suami cakap tak boleh, orang lain cakap boleh.

Adekah sebab bila suami cakap macam tu otomatically si isteri tu dah jadik mak si suami?

So, if that is the case, apa pulak hukumnya pelakon-pelakon kita for instance Normadiah and Aziz Jaafar yang penah berlakon jadik mak and anak?
Diorang kena pasang niat yang dorang cuma berlakon ke?

Risau ni.

Sebab aku selalu cakap kat En Wan 'Abang macam mak la'.

Adekah En Wan sebenarnya dah jadi mak aku sekarang ni?

En Wan = mak.
Mak = pompuan.
En Wan = pompuan = TIDAKKKKKKKKK!! *pitam*

Eh, seriusly. Can someone explain?

November 30, 2009

Ben 10 comes to town



Takmo cerita pasal raya sebab Hari Raya Haji tahun ni sangat best. Kang adik aku yang tengah tunggu hari tu terpisat-pisat baca, dah satu hal lak kempunan kang tak dapat rasa rendang daging + limpa + paru and kuah lodeh and sambal goreng and ketupat yang semuanya Mak Aji and the geng yang buat. Eh, terbagitau pulak.

Hajat hati tu besar la jugak, pagi Khamis nak balik Bangi nak masak rendang segala. Plan awalnya, nak angkut bibik ngan Redza balik Bangi pagi tu, masak2 semua, pastu tengahari aku plan jumpa customer jap kat Bangi then balik Subang ambik En Wan pulak sebab dia tak boleh cuti Khamis tu.

Sekaliiiii, kontraktor rumah datang pulak. Entah apa lagi En Wan suruh godehkan rumah ni, dari kul 8.30am santak ke kul 3pm.

Aku call Mak Aji tanya kot-kot la dia lom masak apa-apa lagi, aku nak gerak skang tolong dia.

'Tak yah masak'

Tu dia orang tua-tua kalau sentap.

Tapi aku tau dia dah masak sebenarnya. Saje la tau perli aku.
Tak sesuai ok nak sentap-sentap petang raya.
Kang aku balik Tganu kanggggg.

Tapi raya sangat-sangat best. Nak pulak sebab selama ni aku memang raya haji kat Tganu. So this year balik Bangi sebab jalan nak balik Tganu banjir. Hehehe. Tercapai impian aku nak makan ketupat ngan rendang paru, (yang Mak Aji buat, aku buat tak sedap). Fuhhh, makan rendang memang tak tolak, nikmatnya bagaikan klimaks empat kali.

Malangnya takde gamba.
Tak payah la kot, macam la rumah aku sorang je ada ketupat kan.



Semalam, kitorang surprisekan Redza ngan POWER OF THE OMNITRIX - BEN 10 show kat KLCC. Lepas baca kat The Star pasal Ben 10 datang, En Wan terus book tiket, Itupun dah nak habis. Dapat la tempat duduk tengah-tengah. Mentang-mentang la omputih punya show, cekik darah sampai RM90.

Kalau yang blakang-blakang tu aku tak tau la dia nampak ke tak si Ben 10 kat depan. Aku yang dok tengah ni pun nampak halus je Ben 10. Tapi nasib baik alien dia besar and tinggi tapi jalan macam bapuk. Kira ok la overall, kalau dok depan-depan pun bukan aku paham cerita dia. Tu pun seb baik Redza tukang ceritakan sinopsis.




Memula sampai haruslah kena paw dulu ngan Redza.
Merchandise Ben 10 kalau dah masuk KLCC haruslah berganda harga dia.
Seb baik anak aku sorang.
Kalau sepuluh, mau seribu je abis kat mainan semalam.

Tapi kalau seploh anak, awal-awal lagi aku takkan book tiket ni. Tengok la ko VCD pirate Ben 10 aku belikan kat pasar malam. Berapa nak, cakap. Seploh?

Memang jangan harapla nak suruh Redza pandang kamera kalau dah dapat mainan.


Beng Teng.


Berkat mencekik rendang sampai ke malam.
Hasilnya, semalam aku timbang adelah 47.6kg. Pakai lak baju kembang, adelah seperti 67.7kg dikejauhan.


En Wan ngan aku sama-sama ngantuk sebenarnya ni. Budak-budak punya pasal, layan je la. Tapi memang aku terlelap pun.




The show.
Alien yang tinggi ni jalan macam bapuk okkk.


Kipas Ben 10 yang sangat power sebab ada kuar cahaya kesaktian 'It's Hero Time' yang dalam masa sejam dah tinggal sebilah je kipas dia. So, siapa lagi sakti? Ben 10 ke anak aku? Jawab.


Mainan kedua yang dirembat masa second half of the show.
November 26, 2009

Soalan default



Soalan untuk :

1. Korang yang masih single : 'Eh, takkan sorang lagi. Bila nak kawen?'

2. Korang yang dah bercouple : 'Bila nak makan nasik minyak?'

3. Korang yang dah kawen : 'Bila nak berisi?'

4. Korang yang dah ada anak : 'Takkan sorang je, bila nak tambah?'

Peramah kan orang kita?
Aku rasa ini memang soalan default orang Melayu kalau nak mukadimah cerita.

Tu la yang aku malas nak bersembang ngan makcik-makcik (especially). Apa ingat aku suka sangat ke nak menjawab dengan berlapik-lapik sambil tunduk tersipu malu 'Takde rezeki lagi, makcik'. Apetah lagi kalau kena join kopek-kopek bawang time kenduri. Memang konfem lagi sahih, ni la soklan yang dorang tanya dulu. Nak pulak kalau buat kenduri kat kampung Mak Aji.

'Anak sapo ko nih?'

'Anak Dahlia'

'Ohhhhh, anak dak Dahlia. Yang kawen tak sompek-sompek nak ngabihkan blaja tu ko?'

'Ye, saya la tu makcik'.

'Bapo anak ko dah?'

'Sorang baru. Jimat'

'Ko jangannn. Anak dak Kambing (orang kampung mak aji memang terer gelar-gelarkan orang) tu ompek dah. Bosar sok sonang!'

Dan aku pun terpisat-pisat pikir nak tukar topik apa.

Kalau ikut hati memang aku jawab 'Entah lah makcik, beromennya hari-hari tapi tak lekat-lekat jugak. Tersumbekkk kot'.

Macam dah takde soklan lain.

Meh aku pulak tanya soklan, 'Dah lama makcik kawen ye? Apa suami makcik tak teringin ke nak kawen lagi satu?'.


p/s : Tolong hentikan soklan bila nak tambah anak lagi.















November 25, 2009

Janganlah mengingatkan aku dengan segala kepuakaan itu



Apa mimpi ntah, tetiba je semalam Mak Aji tanya aku 'Apa la khabarnya si **** ?' (ex-bf aku)

Apehalllllllllllll????!!

Aku ni dah sikittt lagi nak lupa nama tu, saje je dia ingat-ingatkan balik.

'Entah. Pegi la mati'.
Ringkas tetapi padat.

'Tak baik kau. Kesian jugak kat dia. Mama ingat lagi dulu Kak Ina dia ada call mama bagitau dia taknak kau kawan ngan ****. Dia kata "Makcik tak kenal **** tu siapa". Agaknya dia pun tau adik dia tu 'sakit'".

Maybe.

Tapi aku malas nak jawab.
Sebab kalau aku dah start bukak balik cerita ni, konfem aku ngan mak aku dok sebelah-sebelah je kat wad, kena heart attack.

Tapiiiii, memandangkan semalam aku tengah ada mood nak emo-emo, so aku layankan aje la Mak Aji tu. Sayang sangatttt la ngan 'anak angkat' dia yang saiko tu.
Anak ko separuh mati kena belasah ko tak ingat keeeee.

Tapi malas nak layan panjang-panjang.

Elok je aku nak masuk keta, dia tanya 'Eh, ko tengok tak cerita melayu semalam, Zamarul Hisyham tu macam muka **** kan?'

Ni yang aku menyirap limau ni.

Boleh tak jangan kaitkan pelakon pujaan aku ngan mana-mana bekas kekasih?
Asal aku minat mana-mana pelakon lelaki kan mesti dia nak kaitkan ngan laki-laki puaka yang pernah ada kaitan ngan aku (macam la banyak sangat). Aku cakap aku minat Wazata Zain kanggggg.

Bang, nama i pun Diana tau. Cuma I gelap sikitttttt je dari Diana you. Sikitttt je, tak banyak.



Tapiii memang Zamarul ni sekali pandang macam ex-bf aku pun. Cuma ko jangan pandang banyak kali. Sekali je cukup.

Betul tak NuIN?



November 23, 2009

Hit!!!



Lagi 7 hari genap setahun aku keje dengan kompeni ni (eh, poyo. series tak kelaka)

Tapi macam tak percaya aku yang full of blur dan kegabraan berganda boleh kekal dengan jalan hidup aku pilih skang ni - keje sendiri. Walaupun ada ketikanya bangun tido terasa nak ambik MC.

Tetiba terfikir, dah lama rupanya aku tak mintak MC kat klinik.
(memang la kat klinik takkan kat kedai ginseng Ah Kaw pulak).

Mesti dokter tu pun terfikir mana peginya budak yang kalau mintak MC memang takde alasan lain melainkan period pain.
(Ni je la alasan yang masuk akal. Kalau sakit perut nanti dia check perut. Kalau period pain tergamakkah dia nak check pepek aku? Melainkan kalau yang jadi dokter tu En Wan)

Jumaat lepas aku buat account checking (aku buat akaun??????)
Kena get ready sebelum secretary company nak buat AGM.


Alhamdulillah.
Hit jugak target aku untuk first year.
Macam tak percaya!!

Kalau difikir-fikirkan balik, memang aku tak kuat nak teruskan business aku ni. Apetah lagi nak mengadap customer-customer yang some of them macam bijak sangat tapi sebenarnya bodoh. Walaupun mathematically, aku lagi bodoh sebab takde pHD cam dorang, tapi dorang lagi bodoh sebab dah ada pHD pun kadang-kadang bangang lagi.
So, siapa lagi nampak bodoh terlajak kalau buat silap? Aku ke dorang?
Diorangggggggg.

Tu takpela jugak. Dapat customer yang jenis tak bijak tapi berlagak bagus lagi cam gampang je kau rasa. Rasa nak ambik aje penunu bunsen tu jotos kat bijik mata diorang.

But mungkin kehidupan masa silam yang selalu dipandang rendah buatkan aku ada semangat nak terus stay dengan jalan apa yang aku pilih skarang. Lain rasanya semangat nak berjaya dalam hidup dengan semangat nak buktikan sesuatu kat orang yang penah pandang rendah kat kau. Tak percaya cuba.

Kelemahan aku yang susah nak lupakan apa orang buat kat aku adelah sebenarnya kekuatan aku bila tiba time-time sukar macam ni.

Ambik kau ayat BM aku...

Dulu, masa kat kompeni lama, aku penah hadapi situasi macam sial bila aku dah sampai depan pintu bilik customer tu, dia taknak jumpa aku! Padahal aku dah buat appointment. Masa aku ketuk-ketuk pintu bilik dia tu, dia tak jawab pun. Alih-alih secretary dia kata customer tu cakap taknak diganggu. Wadepak taknak diganggu. Aku dah cakap aku nak datang. Dah la aku gerak dari rumah kul 6.30 pagi tak breakfast lagi ni. Ahh, tak kira. Aku ketuk pintu jugak.

Aku : Dr, I drove all away from KL. Just give me 5 minits!

Dia : Ok. 5 minits.

The 5 minits later became 1 hour.
And the 1 hour later after 3 months, became RM3.5M.

Aku menangis macam nak rak kat toilet bila receive Purchase Order tu.
Rasa syukur sangat akhirnya penat lelah driving jauh-jauh and buat presentation slide sampai pagi-pagi buta akhirnya berbayar. Walaupun aku tau harapan aku tipis. Tu belum lagi kenangan bos baling powerpoints printouts kat muka aku.

'Is this what you call presentation slides? I called this, rubbish!'

Kelepekkkkkk.
Melekat kertas atas muka aku.

Lancauuu.

Dia tahan aku kat opis malam tu sampai kul 10.30mlm suruh aku present depan dia. Dah la aku tak makan dari pagi. Memang sikittt lagi aku nak muntah atas keyboard.

Now, (cerita mengalahkan Bill Gates yang kaya-raya) bila aku duduk-duduk minum soyabean sambil layan cerita Nur Kasih (tengok Nur Kasih dah akuuuu) terfikir ada baiknya aku kena maki ngan bos and kena pandang rendah ngan customer.

Sometimes, manusia ni kalau nak bagi dia blaja and sedar kesilapan adelah dengan cara-cara penuh kecilakaan macam tu. Nak lagi orang blur macam aku, mesti nak kena ketuk sekali baru terjaga. Elok jugak rasanya bila berdepan ngan situasi macam ni (tapi sesekali je dah la). Biar rasa tabah and cekal sket. Tapi masuk lam keta nangis hempas-hempas nak benti keje.

Aku rasa memang aku ni ditakdirkan untuk berubah disebabkan caci-maki orang.
Memang terima kasih banyak-banyak la pada those yang suka pandang rendah kat aku.
Bukan perli, ni ikhlas.
Agaknya memang aku dah tertulis cara aku blaja adelah dari orang-orang macam ni.

Ok, saya harus teruskan bekerja. Tapi nak mandi dulu.




November 21, 2009

aku pun nak buat entry pasal 2012



Malam semalam layan 2012 kat JJ Bukit Tinggi.

Cerita dia sangat best.
Baru la ingat mati sikit kalau tengok cerita macam ni.

Tau pulak takuttt.

Balik dari movie, solat isyak terus buat solat taubat. Series aku ngeri.

Eh, tapi kan aku macam pernah dapat forward email long before cerita ni dibuat, about this ahli astrology entah apa nama dia yang memang menjangkakan something big and bad will happen to the world in year 2012.

Memang la tak boleh percaya sangat benda-benda tilikan ni.
Tapiiiiiiii kalau ko jenis yang banyak dosa konfem la gelupur kan.
Memang aku la yang sedang kegelupuran ni.

Tetiba terasa nak potong gaji lebih sket masuk tabung haji.

November 20, 2009

Adekah aku bermimpi???





Aku anggap je la memang Dr Sheikh Muszaphar yang hantar komen ni.

Terima kasih ye bang.

I love you...so strong.

November 19, 2009

Ada benda yang korang perlu tau tentang aku sebelum korang add aku kat FB



1. Tak boleh meneran.

Aku tak reti nak meneran. Sumpah tak reti. Mengemut aku tau. Wakakaka.
Sumpah! Apekah itu meneran? Bagaimana hendak meneran?
Jangan tanya macamana aku berak. Aku tak macam korang okk, nak berak pun kena minum nescafe dulu, lepak baca sokabar atas jamban pastu teran-teran sikit. Lambatttttttttt.
Kalau takde rasa nak berak, jangan dipaksa-paksa. Selagi takde rasa nak berak tu, aku akan continue buat keje macam biasa. Agak-agak taik tu dah kat hujung-hujung bontot baru aku carik toilet. Bukak seluar, duduk, selesaiiiii.
Sebab tu aku heran apesal orang panggil jamban = bilik termenung?
Aku ni toksah kata nak termenung lam toilet, nak bukak spender pun kadang-kadang tak sempat.


2. Dah boleh sendawa

Dulu aku ada masalah tak boleh sendawa. Jangankan nak kuarkan bunyik 'bedeghakkkkkkk’, nak kuarkan bunyi 'ergh’ sejemput pun setahun 3 kali. Tapi sejak 3-4 bulan lepas, aku dah boleh sendawa. Sehari ada la lam 50 kali. Maybe badan aku berangin kot skang. Tapi takde la bunyi cam badak nak beranak, dia bunyik-bunyik manja gitu. Setakat ah uhh ahh uhh oh yeahhhh come on. Eh.


3. Dah tak kentut malam.

Sejak aku boleh sendawa ni, aku dah tak kentut masa tido. Dulu, kejap-kejap aku kentut. Tapi yang pelik tu, aku kentut time nak tido je. Tu yang aku muskil tu. Apesal siang tak kentut, tapi malam macam perang nuclear. Sampai aku penah terfikir ada orang jeles ke aku kawen ngan En Wan (macam la laki ko tu gojes sangat orang nark jeles) so dia hantar pelesit kentut. Asal nak tido malam je mesti kentut. Tido siang takde pulak. Cipet betul. Ni mesti modus operandi si penjeles tu, dia taknak kasik aku beromen ngan En Wan, biar En Wan hilang selera ngan aku. Tapi silap la kau kan. En Wan adelah lelaki yang menerima aku seadanya. Apelah sangat kentut seorang isteri yang solehah. Bukan masalah besar baginya. Apetah lagi kalau aku dah kangkang.


4. Pakai shaver lelaki

Aku tak suka pakai shaver perempuan. Macam keayuan yang tak berbelah bagi rasanya kalau aku guna bendalah tu. So, aku bedal En Wan punya. Rasa gagah perkosa je bila shave ketiak guna shaver lelaki. Tetiba rasa nak angkat dumbell pastu.


5. So you think you can dance?

Hanya di bilik air saje. Aku memang suka menari tapi tak reti. Nark suruh aku masuk dancing class, mati hidup balik aku tak pergi. Tapi sebenarnya aku suka sangat menari. Asal mandi kat rumah, mesti lama. Sebab aku menari sekali lam bilik air. Dance Fame? Hip hop? Zapin? Siap dok bersimpuh atas lantai shower. Skang tengah blaja buat moon walk. Efek buih sabun adelah membantu. Buat moon walk sambil pakai shower cap and gardening glove.

Kalau MJ nampak, dia boleh meninggal 4 kali.


6. Fuck dalam kereta.

Kalau nak dengar aku sebut FUCK lain tempat takde. Memang dalam keta aje. Rasa cam gila ganas hip hop y’allll bila sebut fuck fuck tengah driving.

Situasi :

Kereta belakang honk honk aku tak tentu pasal = what the fuckkk???
Kereta bodoh yang overtake sikit lagi nak langgar keta aku = fuck youuuu!!

Keta yang bakar-bakar aku ajak race = what is your fucking problem???? (sambil tunjuk middle finger side mirror, tak sedar tengah pakai baju kurung)

Kena tahan ngan abang polis = I’m fucked!!
Nampak bangla hensem melintas jalan = Fuck me baby. Oh yes!

Adehh. Sori la kepala aku weng sket hari ni.

Jika rasa aku layak menjadi kawan anda, maka boleh meneruskan aktiviti menge-add aku dalam FB list. Sekian.

November 18, 2009

Krim pemutih yang mampu memutihkan kononnnn. Fundek.



Masalah Pertama :

Aku dah sampai tahap bengang nak meninggal dah ni.

Apesal laptop aku suka hang ikut sedap anak tekak dia?
Yang aku notice, kalau time aku tengah sedap-sedap tekan keyboard masa tu la dia nak jam. Lagi satu kalau aku biarkan laptop ni lama-lama on tak buat apa-apa, tetiba kang dia hang.

Mencibang betul la.

Aku ni nak cepat la setannnnnnnnn.
Time aku sibuk berYM tu takde pulak ko nak jam.
Pagi ni je dah 3 kali aku restart.
Bangkaiii.

Sudahnya, aku benti buat keje. Update blog.
See if dia berani nak hang ke tak.

Lagi satu kan, last week, aku try print document, dia tak kuar-kuar. Pelik.

Last-last company depan ni datang hantar dokumen yang aku print tu. Pelik kan? Dia kata masuk kat company dia. Pekejadahhhhh.


Iklan Pertama :

Lately ni semenjak ada advertisement pasal Disney HK kat nuffnang, ramai lak yang tanya berapa cost aku pi sana dulu. Korang nak pi Disney Winter ehh?? Jeles okkkkkkkkkk.

Yang dulu tu aku gi Kowloon and Disney, 5 days 4 nites. Per person RM2500 without flight tiket. Tapi masa tu MAS tengah buat promo so cuma RM800 per person. Sape nak bagi MAS RM800 pegi balik HK kan. Haruslah aku feeling-feeling diva naik MAS padahal dok kat ekonomi seat je. Tapi sesaper yang nak pegi jenjalan jauh-jauh tu ambik la MAS, mahal sikit takpe, janji selesa and takyah ko pening-pening nak pilih "Nak makan maggi kari ke maggi ayam?"

Serik aku naik AA kalau long hours flight. Nak pulak kalau dok depan sekali, troli makanan start dari belakang. Konfem sampai kat aku je, 'Kita cuma ada maggi ngan sandwich aje'.

Mentang-mentang la takde restoran lain kat atas tu. Takat tolong tuangkan air panas dalam cup pun sampai lima ringgit, boleh bla.

Jap. Jap. Sape penah pegi Halong Bay?


Masalah Kedua :


Sejak aku try vitamin ni, aku noticed, kencing aku kaler pineapple juice (mati la takde orang nak minum pineapple juice pas ni).

Apesal eh?

Adekah kerana side effect dari Vitamin C yang diesktrak dari oren?


Iklan Kedua :


Semalam lunch ngan Ah Beng.

The moment dia nampak aku je, dia buat muka kesiyal.
Sebelum dia start apa-apa baik aku berterus-terang.

Aku : Yela, rambut aku macam penyapu kan?

Ah Beng : Aku baru nak cakap.

Memang binawe rambut aku ni.
Now dia dah panjang, dari jauh ko nampak cam penyapu.
Dari belakang nampak cam pantat itik.
Dari atas ko nampak macam dah nak botak sikit.
Tapi dari tepi nampak cam Shakira.
Wakakaka.
Lawak apekah ini?

Sape ntah dulu penah hantar komen kat aku tanya bila Ah Beng nak update blog dia balik. Semalam buat kesekian kalinya aku pujuk dia update balik blog tapi dia kata dia dah terlalu TUA TAPI KONFEM MACHO untuk berblog lagi. Kita wait and see je la.


Masalah Ketiga :


Beberapa bulan yang lalu aku didatangi oleh penyakit yang dinamakan gatalipanteknosia tetiba nak try kosmetik kat kaunter-kaunter. Alasan, ape best sangat ke kosmetik mahal-mahal ni. Meh aku try sket.

Spent around RM1300 beli the whole set ni, DERMA WHITE okk. Beli taknak kalah, nak yang memutihkan aje. Sekaliiiiiiiiiiiiiii tak sesuai ngan muka. Muka aku gila berminyak. Yang penting, muka aku tetap kelabu.

Kalau kulit aku ni putih macam Lisa Surihani, berminyak banyak pun still nampak sweet okkk.
Tapiiiii, ni Diana. Bukan Lisa Surihani.
Bila aku pakai bendalah ni, tak sampai 5 minit, muka aku berpeluh.
Everytime aku nak apply bedak, aku kena tadah muka aku depan aircond kasi kering.
Masuk lam keta pun kena on aircond full blast. Kalau tak muka aku macam bengkak, merah-merah je.

Mula-mula aku ingat effect kejap sebab bertukar kosmetik.
Dah lama-lama fed-up ah. Berminyak semacam je muka.
Lagipun menyusahkan aku asal nak kuar je kena apply segala tok nenek serum and krim. Rimas okkk.

Last-last aku patah balik ke Guardian, beli Bioessence.
Sejukkkkk je muka aku.
Yang penting, sejuk poket.

Clinique tu aku simpan je la buat pedoman. Len kali jangan gatal-gatal nak singgah kaunter. Muka kau tu pakai benda-benda murah je.

Tapi apesal muka aku jadi berminyak??

November 16, 2009

Travel lagi



Baru sampai from KB malam tadi.
Kalau tak, pagi ni aku dah merayap jumpa customer kat mana-mana ntah.
Tapi sebab semalam sampai lewat sebab KL hujan. Pelik gila. Kat berita yo yo an je Kelantan nak hujan siap bajir segala, aku ni punya la pecut sebab takut kat Kuala Krai naik air. Sekali rilekkkk je panas terik. Sampai migrain aku tahan panas. Elok je cecah Gombak, hujan selebat-lebat ada, siap jam bagai. Ni cara-cara Ahad pun dah sesak, kalau weekdays mau aku stuck kat jam sampai pagi ni.

Seb baik En Wan agree nak ikut sama ke KB, kalau tak konfem aku benti tujuhblas kali tanya orang mana jalan nak pi KB walaupun dah terang-terang ada signboard.

Aku adelah jenis manusia yang 'konfem sesat' tak kisah la berapa kali orang drive aku ke tempat yang sama, or baca map, or tanya orang. Kalau dah nama aku yang drive, benda yang wajib adelah sesat. Kalau tak sesat tak sah. Dia macam saje nak suruh aku mencarut-carut jugak sepanjang jalan gitu.

Hari tu gi Melaka yang dah selalu sampai tu pun berbuih-berbuih mulut aku memaki all the cilaka bodoh kat tengah jalan yang macam bagus sangat bawak keta cam sial. Dah tau bawak 60km/h tapi nak duk kat lane kanan. Dah la lembab, buta lak tu. Aku bagi high beam suruh ke tepi tak paham-paham. Kang aku honk kuat-kuat kang terbabas ko langgar divider mampos kat situ, satu hal lak aku nak pi buat report. Bila aku overtake ikut kiri tetiba hangin nak bakar-bakar aku ajak race. Ekzos macam nak tumbang ada hati nak ajak aku race. Pegi bikin dulu la.

Balik dari Melaka, aku singgah ofis sebab nak settlekan paper nak bawak ke KB.
Sampai kat traffic lite, merah. So aku benti. Mamat bangsat belakang aku ni dok honk honk suruh aku jalan. Aku turunkan tingkap tunjuk kat t lite.

Merah. Paham tak??

Dia turunkan tingkap jerit kat aku 'Sini U-Turn la'.

Tengkorak kau U-Turn. Mana ada sign U-Turn kat sini.

'Mana boleh U-Turn? Sini pergi straight aje la'

'Selalu sini orang buat U-Turn la'.

'Ye????? (dengan sarkastiknya) Tapi saya tak selalu U-Turn sini. Saya selalu U-Turn depan'. And aku terus naikkan tingkap.

Mamat tu berbulu je dengan aku.
Bila hijau, takde pulak dia U-Turn. Dia ikut bontot keta aku.

Bodoh.

Ni namanya bodoh terlajak.
Dah la bodoh yang pertama buat U-Turn kat traffic lite yang tak allow kau untuk buat U-Turn. Pastu bodoh yang kedua, aku dah jalan tu, ko buat la U-Turn. Tadi sibuk sangat nak U-Turn, ni takkk, pi ikut lak bontot aku konon nak takut-takutkan la. Apa ko ingat aku takut ngan kau? Aku rasa aku lagi takut enjin keta kau yang macam motobot tu tercicir tengah jalan.

Meluat!!!

Kan dah terpesong jauh jalan cerita aku ni. Ok, sambung.

Actually aku gi KB sebab ada keje kat sana, so memandangkan keje tu hari Ahad, aku angkutla sekali En Wan ngan Redza. Check-check kat internet, eh KB ada Marriott??? Kelas gilaaaaaaaa.

Terus book.

'Next time kalau pegi Marriott mana-mana, cik boleh collect point'


Ye sangatttt. Berapa banyak Marriott aku nak rasa lam Malaysia ni? Kalau pi oversea pun nak suruh masuk Marriott jawabnya siang malam aku anak beranak kunyah sabun mandi Marriott tu.



Lepas check-in, En Wan ajak kuar ronda-ronda town.
22 tahun aku tak jejak KB okkk.
Kalau ikut hati memang malas sebab badan series penat.
Penat travel ke Penang hari tu pun tak hilang lagi.
Tapi laki aku ni memanggggg. Apa ko ingat aku pegi bercuti ke ni? Aku ni nak siapkan keje okkkk. Tapi takpela, kesian member. Dah dia jadik tukang drive takkan aku nak ngadap laptop aku ni 24/7 kot. So, layan je la.

Memula kitorang redah Pantai Cahaya Bulan.



Gila kauuuu.

Lain gila pantai ni banding ngan last aku jejak masa darjah 4 dulu, year 1987.
Disebabkan Pantai Cinta Berahi ni la aku bersumpah tak nak masuk laut dah.
Sebab kat pantai ni aku kena gigit ngan obor-obor. Gila sakitttttttt. Tiga orang cuba tarik obor-obor tu dari betis aku. Bila obor-obor tu tertanggal, aku tengok kulit kaki aku menggerutu! Memang binatang betul bendalah ni. Banyak-banyak benda kaki aku jugak yang ko nak mentekedarah.


Keriangan terpancar di muka makanan dah sampai.


Kepok lekor tetap di hati.

22 tahun dulu aku datang sini pun aku makan kepok lekor ngan seafood goreng-goreng ni. Sos dia sedap gila. Sampai menjejeh-jejeh kat baju. Gelojoh.


Erectile dysfunction? Kini tidak lagi. Cubalah sup tulang keluaran tempatan. Pemangkin nafsu anda. Rasalah!
Katakan TIDAK kepada Viagra.

Boleh meningkatkan kadar kemasukkan pelancong asing tak kalau aku rentangkan iklan ni kat jalan masuk PCB?


Lepas makan and jalan-jalan kat tepi pantai tengah-tengah hari buta men-sunbathing-kan kulit aku yang dah sedia gelap ni, En Wan ajak masuk Muzium Negeri.

Huh??

Aku masuk muzium?

Lama dah tak buat keje masuk muzium ni.
Dulu masa kecik, asal Pak Aji kata 'Jom, siap. Gi KL.'

Cam hebat sangat bunyiknya masuk KL kan?
Padahalllll. Kalau tak Muzium, konfem Tugu Negara.
Tempat lain takde.
Jangan harap.
Makan mesti singgah kat warung Campbell tu.
Mimpi aku nak masuk KFC. Kalau depan KFC tu ada parking space pun Pak Aji takkan park kat situ.
Sanggup ni parking kat ulu banat mana ntah pastu menapak anak beranak gi warung punya la taknak anak-anak dia ajak masuk KFC.

Kesian bapak aku kan.
Takde duit dulu.

Takpe Pa.
Kita jangan masuk KFC.
Kita masuk The Ship skarang.
Eh berlagaknya.
Pangggg sedas.
Insaf.



Aku ye ye je posing puteri raja termenung sayu memandang tempat beradu sebab kena kawen paksa. Sekali tengok gamba....Laksamana Ketot kat tepi. Ntah bila masa la dia ada kat sebelah aku.



Nak kawen ngan anak raja tu memang takde harapan. Dapat bertenggek depan pelamin di-raja jadik lah. Tapi mana tau kot-kot Tengku Muhammad Fakhry baca blog aku terus dia realisasikan impian aku. Eh.


Memang macam pelancong luar negara la gayanya, gi KB pun nak beli-beli magnet KELANTAN bawak balik.


Tapi takpela. Sebab aku pun jarang masuk Kelantan. Kalau aku kata 'Bang, jom beli magnet TRENGGANU?'.

Aku yakin dia pakukan terus magnet tu kat dahi aku.



Muka orang yang beria-ia makan sup tulang tadi.
Makin layu ada la aku tengok.
Kesian En Wan, penat drive.
Tapi sibuk nak mandi jugak.


Terlebih mnakan sup tulang. Buah dada membesar secara tiba-tiba. Haruslah ditutup.


Series macam pergi holiday gayanya. Padahal keje kau tak siap lagi ni okkkk.




Tak tau la siapa sebenarnya yang excited mandi kolam. Mandi kat kolam budak-budak lak tu.


En Wan main sorok-sorok ngan Redza. Dua tiga kali anak aku terpusing-pusing carik bapak dia. Melampau tau orang tua ni.


Tak puas, dia gi tarik Redza masuk lam pool besar pastu saje rendam-remdam dia lam air. Satu pool dengar suara anak aku terpekik.


Malam tu dua-dua tumbang dengan awalnya, maka saya dengan jayanya dapat tengok cerekerama dengan sangat tenteram tanpa gangguan dari anak mahupun gangguan seksual dari suami.

Saper tengok Cerekerama Sabtu lepas yang Norman Hakim tu?

Aku nangis sampai bengkak mata.
Padahal cerita dia takde la sedih mana pun tapi aku macam rasa sedih gila ok.
Sebab yang mati tu lelaki yang hensem di mata aku. So sedih dia berganda.
Cuba kalau yang jadik laki tu Roslan Shah.

Sunday morning. Before gi keje.
Banyak kan aku makan? Ni baru 1st round okkk.
Hahah..pegi la mampos. Aku pedulik apa.